Sunday 19 July 2015

Kisah Silam Kampong Melayu Klang Gate Lama Batu 10, Ulu Klang.


Kampong Melayu Klang Gate Lama Batu 10, Ulu Klang Dalam Kenangan.


Berdasarkan daya ingatan silam yang masih segar En.Yusof Bin Mat Kassan menceritakan semula kenangan silam beliau dizaman kanak-kanaknya yang pernah merasai tinggal di Kampong Melayu Klang Gate Lama Batu 10, Ulu Klang, sebelum kawasan itu ditenggelami oleh air untuk dijadikan Empangan Klang Gate pada tahun 1957. Beliau yang dilahirkan disitu telah mendiami kawasan itu sejak dari tahun 1942 hingga tahun 1958, sebelum dipindahkan ke Kampong Melayu Baru Klang Gate.



Maklumat yang dicerita ini hanyalah sebagai kenangan dan sejarah semata-mata yang  tidak akan mengubah apa-apa pun. Namun begitu setidak-tidaknya kepada yang minat akan sejarah, mereka akan dapat bayangkan keindahan serta kemakmuran silam yang dikecapi penghuninya dan bentuk muka bumi yang pernah wujud di Kampong Melayu Klang Gate Lama Batu 10, Ulu Klang.


Gambar lama sebelum kawasan ini ditenggalami untuk memberi laluan kepada pembinaan Empangan pertama di Semenanjung Tanah Melayu pada 1957.

Kampong Melayu Klang Gate Lama Batu 10, Ulu Klang adalah merupakan penempatan terawal di Lembah Klang. Jalan raya yang menyusuri dilering-lereng bukit di Taman Melawati merupakan jalan asal yang telah lama wujud sejak 1902 lagi. Ia merupakan laluan utama kepada penduduk kampong membawa hasil pertanian mereka untuk dipasarkan keluar dari kampong ke pekan Setapak dan Kampong Baru, Kuala Lumpur. Syarikat Bas Len Seng adalah satu-satunya pengangkutan awam yang beroparasi dikawasan ini ketika itu.



Kawasan ini dikelilingi oleh kawasan hutan rimba, dan ladang-ladang getah yang luas saujana pandangan yang cuaca ketika itu sungguh nyaman dan sejuk. Dengan isi hidupan avifauna dan mamalia yang banyak terdapat dikawasan ini. Encik Yusof Bin Kassan menceritakan pada ketika itu tanam-tanaman mereka sering diserang oleh gerombolan Gajah-gajah liar yang  datang memakan dan memusnahkan tanaman mereka. Rentitan daripada itu penduduk kampong bermaufakat berganding bahu menghalau Gajah-gajah liar hanya dengan mercun-mercun dan meriam buloh.


Pernah juga berlaku seorang pekerja JKR telah mati dibaham oleh seekor Harimau yang datang menghendap dan menyerang pekerja di tepi jambatan. Kelibat Kambing Gurun sentiasa dilihat oleh orang kampong yang banyak berkeliaran dikawasan ini. Kicauan burung Merbah Bebarau juga dapat didengari pada setiap hari dikawasan kampong-kampong. Hilaian, sahutan Wak-wak serta Ungka didengari pada setiapnya hari pada waktu pagi. Di sepanjang sungai yang berhampiran kawasan penempatan kampong, sangat mudah untuk menangkap ikan Sebarau, Tengas dan Kelah. Mereka tidak menghadapi sebarang masalah bekalan makanan basah kerana terlalu banyak boleh diperolehi disini. Tetapi suasana itu semua hanya tinggal sejarah kenang-kenangan pahit manis sahaja.





Pada tahun 1902 Pemerintahan British telah menyiapkan pembinaan 2 trowong laluan sepanjang 30 meter yang ditebuk menembusi " Quartz Ridge ". Pada hemat saya, pada ketika itu kepakaran mereka adalah cukup maju berdasarkan bukti kejayaan membuat 2 buah laluan trowong dengan kelengkapan jentera pembinaan yang terbatas. Hasil kajiselidik yang dilakukan didalam Buku berjudul Bygone Selangor, diketika itu sebuah syarikat kontraktor pembinaan British Messrs W.H.Tate and J.J Tait sahaja mempunyai kepakaran didalam bidang pembinaan jalanraya.





Maklumat yang dibaca mendapati, pada tahun 1897 Syarikat Messrs W.H.Tate and J.J Tait telah berjaya menyiapkan jalanraya dari Kuala Kubu hingga ke Gap Raub Pahang seterusnya ke Kuala Lipis. Berdasarkan timbang tara kemampuan syarikat ini dan satu-satunya syarikat yang ada, maka saya beranggapan mereka jugalah yang berkebolehan membina laluan jalanraya dan trowong di Klang Gate. Walaupun sudah lebih 100 tahun usianya jalan raya dan trowong ini namun masih  berkeadaan baik dan ia masih digunakan lagi.


Keadaan sekarang.

Hasil gambaran yang diceritakan oleh En.Yusof Bin Mat Kassan, kawasan Trowong ini,  tanda batu jalannya adalah di Batu 9 . Lebih kurang jarak 1 batu melepasi laluan trowong, barulah bertemu dengan penempatan Kampong Melayu Klang Gate Lama Batu 10. Dikawasan ini disebelah kanan yang berhadapan dengan jalanraya, perjalanan dari arah Trowong  ada 1 deretan 6 pintu Rumah Kedai jenis 2 tingkat dari pembinaan papan.


Kedai-kedai itu dihuni oleh peniaga Kedai Runcit yang diusahakan oleh peniaga Cina. Orang kampong hanya mengenalinya dengan panggilan " Kana ". Bekalan makanan dan keperluan harian penduduk kampong ada disediakan oleh peniaga Cina ini. Bersebelahan Kedai Runcit itu ada  Kedai Kopi menyediakan makanan sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang dari jenis kuih muih Melayu dan Nasi Lemak. 




Ketika itu menu-menu makanan Melayu sungguh popular dan digemari oleh semua penduduk-penduduk tempatan Melayu, Cina , Punjabi , India dan Eropah. Kuih-muih tradisonal Melayu seperti Kuih Bakar atau Bahulu Kemboja, Kuih Kacau Labu, Kuih Kacau Keledek, Bingka Ubi, Kasuwi, Keria ,Kuih Lopis, Kuih Lapis, Karipap, Lepat Pisang, Lepat Labu dan banyak lagi kuih tradisonal Melayu yang merupakan selera utama penduduk. 


Ramai penduduk kampong menjadikan urusan membuat kuih-kuih Melayu Tradisional sebagai satu cabang ekonomi untuk menyara kehidupan mereka.  Kerana permintaan ketika itu  datangnya daripada ramai penduduk yang mempunyai citarasa  Kuih Tradisional Mereka yang telah sinonim dengan tekaknya.   

.Disini lah  penduduk kampong berkumpul minum-minum selepas penat dan berehat selepas mengerjakan kerja-kerja ladang, berkebun dan bersawah. Aktiviti silaturham antara penduduk banyak dilakukan disini selain  di Masjid.

  Maklumat Renungan:- Tetapi dengan pengenalan Roti Canai dan menu-menu bukan tempatan yang lain pada awal tahun 80an, 90an & 2000 maka lidah-lidah penduduk tidak lagi mengutamakan kuih-kuih Tradisional Melayu.  Lama kelamaan pembuat kuih Tradisional Melayu  merudum rugi kecewa kerana tiada sambutan dan kurang permintaan. Disebabkan oleh lidah-lidah penduduk telah terdidik dengan citarasa makanan yang baharu, zaman berzaman.  Sekarang  kuih-kuih Tradisional Melayu  telah mula pupus kerana  tatacara pembuatan kuih-kuih Tradisional Melayu citarasa  asli sudah tidak diketahui lagi oleh penduduk tempatan.


Ini adalah satu-satu imej kawasan Klang Gate yang dapat di rakam semula yang menunjukkan  kawasan ini belum ditenggelami oleh air.

Laluan Terowong Klang Gate merupakan terowong pertama di Malaysia.

Disitu juga ada sebuah kedai peraih/membeli getah mentah yang telah siap disalaikan oleh penduduk kampong yang banyak mengusahakan penanaman getah.  Pejabat Tok Empat juga bertempat disalah satu rumah kedai disitu. Tempat ini menjadi kunjungan secara harian kerana kebanyakkan hal ehwal kampong dan urusan berkaitan  adalah dibawah kendalian Tok Empat.




Kebanyakkan surat-surat orang kampong menggunakan alamat pejabat Tok Empat, maka setiap hari ramailah penduduk kampong yang datang menantikan  balasan surat mereka dari luar. Ada juga yang membuat semakan kalau-kalau ada surat yang dialamatkan kepada mereka. Manakala 2 lagi kedai tidak dapat diingati oleh Saudara Yusof Bin Mat Kassan.


Kawasan ini dulunya adalah kawasan penempatan terawal kawasan Lembah Klang.

Berhadapan dengan deretan rumah kedai ada sebuah Sekolah Rendah Kebangsaan Klang Gate. Sekolah Rendah Kebangsaan Kalang Gate  mempunyai 5 bilik darjah, iaitu darjah 1 hingga ke darjah 5 .  2 sesi persekolahan dilaksanakana iaitu pada sesi sebelah pagi pelajar diajar dengan pelajaran Kebangsaan dan di sebelah petang pula pengajian Ugama. Semua matapelajaran dibaca dan ditulis menggunakan tulisan Jawi. Guru Besar Sekolah Rendah Kebangsaan Klang Gate ialah Tuan Haji Nurut, manakala Guru-guru yang mengajar di sekolah itu yang masih di ingati oleh Saudara Yusuf Bin Mat Kassan ialah Cikgu Hassan dan Cikgu Sarip. Selebihnya beliau tidak dapat mengingatinya lagi.



Imej rakaman semula pemandangan setelah kawasan Empangan Klang Gate yang baru sahaja siap dibina.

Berhampiran dengan Sekolah pula ada sebuah Masjid Khariah untuk penduduk-penduduk di sekitar kampong mendirikan Solat berjemaah harian, Solat Jumaat, Solat Hari Raya dan segala macam majlis yang berkaitan dengan keagamaan. Imam Masjid Kampong Klang Gate Lama dikenali sebagai Tuan Haji Monah.  Berhampiran kawasan Masjid ada sebuah kawasan tanah perkuburan Islam untuk penduduk khariah Kampong Klang Gate Lama. Dianggarkan terdapat lebih kurang 30 buah rumah disekitar kawasan Masjid tersebut.





Punca mata pencarian utama penduduk adalah didalam sektor pertanian Getah, bersawah padi, berkebun buah-buahan , mencari hasil hutan, Nelayan Sungai dan ada juga sebagai kakitangan Jabatan Kerja Raya yang menguruskan kerja-kerja penyelenggara proses bekalan Air.



Berhampiran dengan Batu 11 terbina sebatang Jambatan Kayu dan besi yang menyeberangi sungai untuk menuju ke kawasan pedalaman Hulu Sungai Klang. Kawasan sekitar sungai ada lagi sebuah perkampongan kecil Melayu yang diberi nama Kampong Sungai Telaga. Terdapat sekurang-kurangnya 10 buah lagi rumah dan sebuah Surau di Kampong Sungai Telaga.


Add caption

Jarak 1 batu  selepas menyeberangi  Sungai Klang dengan menggunakan Jambatan Besi  ini,  laluan jalan raya berturap ini akan melalui kawasan hutan dan ladang-ladang Getah. Bentuk mukabumi agak beralun-alun sehingga bertemu dengan penghujung jalan yang mana jalanraya dibentuk seperti bulatan, "Round About" untuk memudahkan Bas dan kenderaan lain berpatah balik dengan melalui jalan yang sama. Kawasan Batu 12 ini adalah penghujung jalan kepada kawasan Klang Gate.




Kawasan Batu 12 Klang Gate merupakan  Stesen takungan air  untuk bekalan minuman air bersih bagi kegunaan penduduk-penduduk disekitar Kuala Lumpur. Kawasan Stesen Takungan Air  yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya ini pula, menempatkan sebuah rumah Bungalow , 3 buah deretan kuarters untuk kediaman pekerja Jabatan Kerja Raya .


Pada suatu ketika dahulu semua kawasan ini adalah kawasan Ladang Getah.
Pekerja JKR yang ditempatkan disini  ditugaskan untuk mengawal selia 8 buah takungan air bersih dan mesin pam disitu. Air bersih yang dipam kemudian  disalurkan ke seluruh kawasan penempatan kawasan sekitar Kuala Lumpur. Terdapat juga satu landasan keretapi sepanjang lebih kurang 50 - 60 meter. Landasan ini digunakan hanya dikawasan tapak sahaja iaitu untuk urusan mengangkut pasir sungai yang telah mencetekkan takungan air.

Stesen Bekalan & Takungan Air dibawah Jabatan Kerja Raya ini diketuai oleh Pengurus  dari bangsa British yang tinggal di Bungalow, dan sebahagian bungalow itu dijadikan pula pejabat pengurusan urusan Bekalan Air JKR. Ramai diantara penduduk menjadi kakitangan stesen ini. Antaranya ialah En Mat Kassan bapa kepada En. Yusof sendiri, dimana beliau sering mengikuti dan membantu bapanya menjalankan tugasan dikawasan tersebut.

 
Setakat ini masih belum ada imej-imej perkampongan Kampong Melayu Klang Gate Lama Batu 10, Ulu Klang yang mampu diperolehi. Mungkin maklumat ini boleh dijumpai di Arkib Negara, yang dirakam oleh orang-orang British dizaman itu.

Pihak saya ucapkan ribuan terima kasih kepada En.Yusof Bin Mat Kassan yang telah melapangkan masa dan sudi menceritakan serba sedikit sejarah dan kenangan beliau, berkenaan keadaan tempat penempatan terawal Kampong Melayu Klang Gate Lama Batu 10, Ulu Klang di kawasan Lembah Klang. Andaikata maklumat ini tidak diceritakan dan didokumenkan, mungkin 10 atau 20 tahun masa akan datang, tiada siapalah yang  tahu akan serba sedikit sejarah penempatan dan pengorbanan ini.





 Pengorbanan besar penduduk Kampong Melayu Klang Gate Lama Batu 10 pada tahun 1957 dahulu, untuk memberi laluan kepada Empangan pertama di Malaysia adalah sangat tidak ternilai. Hasil pengorbanan itu, telah pun memberi kesejahteraan dan kemakmuran kepada berjuta nyawa penduduk di Lembah Klang untuk satu tempoh yang berpanjangan. Pengorbanan ini pula tidak diketahui oleh ramai  orang yang terdahulu dan yang terkemudian. Wasalam.

29 comments:

  1. terima kasih atas artikel ini... gembira dapat tahu asal usul tempat yg kini menjadi tempat tinggal sy sejak 31 tahun dulu

    ReplyDelete
  2. info menarik. memang best mancing dalam klang gate ni

    ReplyDelete
  3. Ohhhhh baru tahu sejarah empangan klang gates ni. Menarik juga infonya ya? Boleh saya tahu ade x muzium yang ade gambar2 lama kampung klang gate?

    ReplyDelete
  4. Ohhhhh baru tahu sejarah empangan klang gates ni. Menarik juga infonya ya? Boleh saya tahu ade x muzium yang ade gambar2 lama kampung klang gate?

    ReplyDelete
  5. Hari ini 29 Okt 2015 jam 11.00 -12.00 tghari saya berpeluang masuk ke empangan Klang Gates, melalui terowongnya yg bsejarah itu dan menaiki bot berpusing keliling tasik. Pengalaman kedua selepas Tasik Banding. Mmg betul spt artikel di atas, berada di atas airnya saja saya sudah teruja dgn kecantikan alam sekelilingnya (tanpa jerebu) mcm mana lh agaknya kalau dpt lihat perkampungannya dh jauh di dasar empangan. Walaupun datang atas urusan tugas rasmi tapi sempat juga mhayati keindahan lembah ini. Saya akan cuba cari gambar2 lama tempat ini sbb dh mula jatuh cinta dgn sejarahnya sbg empangan pertama di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shukur Alhamdullilah. Saudara pandai menghargai keindahan alam semulajadi disini. Saya gembira saudara gembira.

      Delete
    2. boleh saya tahu caranya untuk dptkan kebenaran untuk kesitu?

      Delete
    3. Empangan Klang Gates ni diselia oleh Jabatan Pengairan dan Saliran. Mungkin saudara boleh cuba hubungi JPS utk maklumat lanjut.

      Delete
  6. Alhamdulillah. Terjumpa juga saya artikel tentang Kampung Klang Gate Lama ni. Saya sedang mencari bahan untuk pengisahan pembukaan perkampungan ini yang ia telah dibuka secara jemaah diketuai moyang saudara saya, seorang tokoh agama berasal dari Teluk Kuantan, Riau, bernama Fakeh Hayat. Gurul besar sekolah bernama Hj Mohd Nurut merupakan anakanda beliau. Sedikit sebanyak info disini dapat membantu saya.
    Di mana boleh dapatkan foto2 lama perkampungan ni?
    Buat makluman, antara anak2 Almarhum Tn Hj Nurut yg terus menetap di sini ialah Almarhum Mohd Kasim Mohd Nor, Jalan Rusa. Mohd Nor merupakan abang kepada Hj Nurut bin Fakeh Hayat.
    Terima kasih tuan admin blog.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Terjumpa juga saya artikel tentang Kampung Klang Gate Lama ni. Saya sedang mencari bahan untuk pengisahan pembukaan perkampungan ini yang ia telah dibuka secara jemaah diketuai moyang saudara saya, seorang tokoh agama berasal dari Teluk Kuantan, Riau, bernama Fakeh Hayat. Gurul besar sekolah bernama Hj Mohd Nurut merupakan anakanda beliau. Sedikit sebanyak info disini dapat membantu saya.
    Di mana boleh dapatkan foto2 lama perkampungan ni?
    Buat makluman, antara anak2 Almarhum Tn Hj Nurut yg terus menetap di sini ialah Almarhum Mohd Kasim Mohd Nor, Jalan Rusa. Mohd Nor merupakan abang kepada Hj Nurut bin Fakeh Hayat.
    Terima kasih tuan admin blog.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum kepada penulis artikel ini..maaf nak tanya mcm mana kami nak dapatkan sumber sejarah ini? dan boleh ka tuan hubungi saya untuk membantu saya dalam menyelesaikan tugasan kerja lapangan saya ini..sy tinggalkan no hp untuk tuan dapat hubungi saya 0172706468

    ReplyDelete
  9. Terharunya tengok paktua cerita pasal Klang gate lama. Dulu abah ngn paktua lah yg tinggal kat kmpung klng gate lama. Skarang ni abah pon dah takde. Teringat pulak kat abah bila baca :')

    ReplyDelete
  10. Terharunya tengok paktua cerita pasal Klang gate lama. Dulu abah ngn paktua lah yg tinggal kat kmpung klng gate lama. Skarang ni abah pon dah takde. Teringat pulak kat abah bila baca :')

    ReplyDelete
  11. Terima kasih buat pengarang. Sungguhnya tidak ternilai apa yang telah anda rakamkan kepada kami. Hampir setiap bulan saya habiskan masa di Bukit Tabur untuk kekalkan stamina saya sambil perbaharui record pecutan dari awal permulaan hingga turun dan baru2 ini terfikir dari mana sejarah tempat ini. Moga2 generasi akan datang masih boleh terfikir dari mana datangnya Empangan Klang Gate ini.

    ReplyDelete
  12. Taniah pada semua dengan adanya blog ni. Tadi pagi 04 Sept 2017 saya baru beli ayam di kedai razak ayam berhadapan saville melawati/sebelah pam air ulu klang, dia pun cerita sejarah dan asal usul kg klang gate....kalau atok dia masih ada umurnya sudah 100 tahun lebih. Kalau ada group yang sudi mencari salahsilah/asal usul kg klang gate yang lebih teperinci saya ingin bersama-sama dgn group ini.

    sekian terima kasih

    Azlan
    Setapak Garden/Taman Setapak.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah, jumpa juga sebahagian sejarah yg hilang. Terima kasih kepada saudara berkongsi maklumat tentang klang gate.

    Ada banyak lagi sejarah yg belum terungkai di kawasan ini, disebalik hutan sekitar empangan. Di pedalaman hutan seperti bukit tangga yg terdapat peninggalan sejarah landasan keretapi yang hanya tinggal tapak sahaja.

    Masih terus mencari maklumat kisah menarik dikawasan ini. Alhamdulillah sudah hampir 36tahun dilahirkan dan membesar disini. Cuma sejarah dari awal arwah ayah tidak banyak menceritakan kisah awal disini hanya sebahagian dapat di dengar. Memang benar apa yg diberitahu oleh pak tua. Memang ada penempatan klang gate lama sama seperti arwah ayah ceritakan dulu.

    Jika ada update terbaru. Jangan lupa kongsikan yer.

    Terima kasih sekali lagi atas info yg sangat berharga ini.

    ReplyDelete
  14. Saya pernah terjumpa landasan keretapi dan pintu air semasa berkhemah disatu kawasan dipanggil lubuk tedung

    ReplyDelete
  15. Untung ada rumah pusaka di klang gates.

    ReplyDelete
  16. Ada tak buku-buku yang boleh dijadikan rujukan di kampung ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada hemat dan sepengetahuan saya, tidak ada.

      Delete
  17. Rumah pusaka pun dah lepas ketangan pemilik lain....tinggal kenangan buat selamanya... selamat tinggal klang gate...tempat tersimpan seribu satu kenangan pahit manis...tempat aku membesar sekian lama....rimdu

    ReplyDelete
  18. Terbaik...kalau boleh detil lagi&uku kan untuk genY.
    Terbaik...zaman muda2 dulu dok mnyewa di melawati&tmn permata.
    Kekadang pi klang gate naik k dam utk mandi dan cari ikan.

    ReplyDelete
  19. Terbaik...kalau boleh detil lagi&buku kan untuk genY.
    Terbaik...zaman muda2 dulu dok mnyewa di melawati&tmn permata.Zaman tak ada lagi hiway duke. Nak balik Kelate mesti pi greenwood gombak dahulu.
    Kekadang pi klang gate naik k dam utk mandi dan cari ikan.

    ReplyDelete
  20. Terbaik...kalau boleh detil lagi&buku kan untuk genY.
    Terbaik...zaman muda2 dulu dok mnyewa dimelawati&tmn permata.
    Kekadang pi klang gate Dam utk mandi dan cari ikan.
    Seronok dulu zaman tak sibuk...kalau sekarang macam2 pembangunan. Risau juga takut DAM tak cukup kuat nak tampung air&eco sistem kawasan dah banyak kena teroka.

    ReplyDelete
  21. Terima kasih banyak kepada saudara yang berkongsi. Izinkan saya berkongsi maklumat tentang sejarah Klang Gate ini kepada warga SK Klang Gate terutamanya murid-murid di sek ini.

    ReplyDelete